
senyum seorang sahabat :)
Senyumlah sahabat di pagi ini dengan sambut mentari lembayung sakti. Senyum tak susah. Senyum hilang resah. Senyum buang amarah. Ambil masa, konsepkan mata tatap meter meter berkaca di cermin jiwa dengan ukiran bibirmu. Haruslah ceria, jangan fikir apa kan melanda. Hadapi dengan senyuman. Senyumlah =]
penat (:
Aku LEMAU. Penat yang dikerah saban hari menyucuk minda hingga lenguh bertaburan di arteri dan vena. Tapi ini minat aku. Ini pilihan. Cukuplah sekadar mengarang nota baru pengalaman di diari hidup. Letih itu mungkin serasa seketika tika hasil berganda di depan mata. LEMAU hanya sebentar =]
:D
Sedang konflik dunia yang aku cipta kini aku hadapi, bukan sekali ini tapi berulang kali kembali lagi. Sudah cukup ruang tangis aku reka demi minat yang aku suka, dan sekujur hampa tubuh sedih aku terima. Cukuplah, aku tak mahu menarik nyawa obsesi aku setelah hampir sembilan tahun lahirnya di buku hati. Aku cuba untuk sedar pengorbanan dan halangan selalu datang buat orang yang berjaya.
injured
pftttf! lutut injured tibe2 aduh bulan 12 ade comp bboy macam mana ni sket gila vavi! hope dapat bermain semula haih! lagi nak comp mase ni lah dia start injured haih .. tak apa aq hope aq okey blek amin :D
perasaan yg terbuku :D
Aku matikan sifat guna hebat ayat. Aku bunuh nama guna pedas aksara frasa. Itu lagi senang dari hulur terus terang kerana sekelumit indah seni tak difaham insan bangang. Aku senyum memandang status status kau pertikai sedang ilmu yang kau ada tak diguna, tak beramal. Jangan tunjuk kritis dengan hanya pandai tulis tapi dengar kata minda, jangan kikis harus praktis. Padan kena atas muka, aku senyum, pandang, tertawa. Kau yang minta diperlaku, harus insaf sebelum berlaku. Huh.
sahabat
Jika aku pergi, tiada lagi esok hari, simpan sedih di hati jangan sayu jangan tangisi, harus terima hakikat setiap mula ada penamat walau tersemat seribu rahmat sekian lama bersahabat. Ingatlah kita pernah tersenyum saat berborak di meja minum, ingat kita pernah tertawa saat mencipta memori gila, ingat gembira yang kita kongsi walau kesempitan kita hadapi, ingat setiap bait pesan aku beri tanda ingatan, ingat aku, ingat mati akan datang menghampiri walau esok, hari ini atau mungkin sebentar lagi. Jangan titiskan mutiara berpahala di hujung mata saat aku sudah tiada tapi senyum atas kenangan dengan foto sebagai tatapan. Jika aku pergi, tiada lagi esok hari, doakan aku di hujung nawaitu hati agar tenang bersemadi walau di mata tiada lagi. Jika aku tiada lagi esok hari ;(
luahan hati yg terbuku :]
Selesai sudah dua rakaat, langsai separuh kata munajat. Dalam beku embun pagi dan sejuk fajar duniawi, aku bersiap untuk menonton perilaku warga bumi lalu lalang di lorong Yang Memerhati. Semoga bersih langkah hati kesekian Ahad yang ku lalui. Salam Penghulu Segala Hari. Senyum =]
tension
kata hati
Hati, aku bermohon agar kau tidak jatuh cinta lagi. Aku tahu bahagianya hanya seketika andai aku mencuba dan akhirnya menerima dia. Aku tak mahu jadi pewacana madah helah mahupun sampah cinta. Tabahlah lagi, aku tahu kau mampu. Ku tahu kau lebih bahagia bersendiri walau jelasnya di luar berlinang deru dengki dari diri. Cukuplah kau jadi pemerhati sepi dari terluka lagi. Hati-hati, hati. Cinta yang benar akan berkekalan tetapi cinta yang hanya dari sudut sesuatu pandang hanya lah seketika :)(:)
Subscribe to:
Comments (Atom)


