Jangan nak bajet hot snggt !

Eh capital A's kaw mmg mcm haram kans . Eh kalaw kaw bukan ex's aq dah lama aq bom kaw tp aq tk smpai hati nk tgor kaw lah . Tak pe kaw relex jea tp hidup kaw jgn mcm bgus2 tau aq thu kau selalu tlg aq tuh pun psl lgu jea . Tapi agak2 lah jangan buat mulut busuk kaw tuh ckp aq selalu call kaw lah ape lah kaw ngn pakwe kaw same kasi letak satu rumah meyh sini aq bom's . Kan baik kaw jge pakwe kaw tuh adeh ! Pakwe kaw pun mcm hot2 jea nk usha awek aq bagai ! Aq maseh diam lagi kalaw bom nk meletup esok pun aq g letup an kepala kaw dua orng lah haih . Mood : masih bersabar <3
Aku tak jawab call awek kecuali yang betul betul rapat atau hal penting. Aku tak mesej kalau untuk suka suka. Kalau aku mesej, orang tu penting. Aku tak mudah bagi no telefon kat orang lain and I'm currently texting with my friends only . Aku juga jenis yang suka bergurau tak perlu nak jeles bagai sebab ape yang aq tulis bukan maksud aku yang sebenar so jangan bertangapan negatif . Aku pun ada sifat cemburu tapi jangan la buat aku macam ni boleh ? Btwy aku tak suka kau tengking2 aku cukup lah sekadar bercakap dengan nada yang perlahan kerana aku bole mendengarnya okay :D

Kerluarga atau Kawan :)

Keluarga itu utama. Keluarga itu pertama. Selayak dan seharusnya.
Mereka penyuap suka tawa tika kau terlentang laparkan kasih sayang.
Mereka hulur ringgit sen saat mata kau berpusing dengki harta keliling.
Kawan? Cuba kau ketawa. Turut sama berdekah mereka menepuk nepuk meja. Sampai ada berair mata. Sekarang cuba pula kau menangis. Maka kosonglah kiri kananmu. Lagi bodoh bila ada yang masih ketawa bila kau menangis. Paling bodoh maksima bila ada menyalahkan kau kerana menangis. Tapi keluarga kau akan tetap kekal walau suka, duka, sedih, tangis, susah, senang. Tak pernah berkira. Jadi fikir, kawankah atau keluarga yang utama? Kawan atau keluarga?

lumrah

Kata orang ,"Kadang kadang hidup ni gampang". Memang. Tapi bukan sepanjang hari terbentang. Bagi aku, hidup ni la senyum manis. Aku tong sampahkan luka duka, balut parut sedih ketat ketat. Biar rapat sendat penyekat nikmat. Lepas tu aku senyum balik tengok kesan kesan calar balar oleh hunus siksa dunia tadi. Dunia gampang korang tu penuh pelangi kalau disiram positiviti =]

PHOBIA

Aku philophobia. Mengertikan sebuah rasa gentar unjuran perasaan sayang pada makhluk sejagat. Buat seksualiti berasingan ; jantina lainnya dalam erti madah mudah. Aku takut akan calar setulus nurani jika diasah dari sekarang. Kalau sudah takdir tertulis, buat aku tetap buat aku. Tak perlu terburu buru memburu rindu.

Biar lambat. Biar lewat. Biar aku langsung tak dapat.
Kurang debu debu maksiat su...ara halus nirrojim.
Kolot? Jelas jelas bodoh bangang kau bolot.
Syurga dunia kau neraka akhirat.
Aku takut untuk sayang.
Aku philophobia.