Kerluarga atau Kawan :)

Keluarga itu utama. Keluarga itu pertama. Selayak dan seharusnya.
Mereka penyuap suka tawa tika kau terlentang laparkan kasih sayang.
Mereka hulur ringgit sen saat mata kau berpusing dengki harta keliling.
Kawan? Cuba kau ketawa. Turut sama berdekah mereka menepuk nepuk meja. Sampai ada berair mata. Sekarang cuba pula kau menangis. Maka kosonglah kiri kananmu. Lagi bodoh bila ada yang masih ketawa bila kau menangis. Paling bodoh maksima bila ada menyalahkan kau kerana menangis. Tapi keluarga kau akan tetap kekal walau suka, duka, sedih, tangis, susah, senang. Tak pernah berkira. Jadi fikir, kawankah atau keluarga yang utama? Kawan atau keluarga?

No comments:

Post a Comment